Peragut Mati Selepas Motisikal Ditunggang Dilanggar Dengan Kereta Si Mangsa

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Image may contain: car, motorcycle and outdoor

PERAGUT mati selepas motosikal ditunggang dilanggar dengan kereta oleh mangsa yang diragut berhampiran persimpangan lampu isyarat di belakang Pangsapuri Garden@One South, Seri Kembangan, hari ini.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, beg penuntut lelaki Universiti Tenaga Nasional warga Yaman diragut ketika minum di restoran di Serdang Perdana, Seri Kembangan.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa mengejar suspek dengan kere
ta dan melanggar motosikal itu kira-kira tiga kilometer dari tempat diragut.
"Suspek yang berusia 25 tahun mati akibat parah di kepala. Beg kepunyaan mangsa dijumpai pada si mati.
"Hasil semakan rekod polis mendapati si mati mempunyai tiga rekod lampau, " katanya.
Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Katanya, mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan,"



Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: sky and outdoor


Sumber : kelabinfomalaysia
Powered by Blogger.