Kisah Viral
Kesian! 8 sekeluarga dari Kuching gagal masuk ke stadium, terbeli tiket palsu - Wire Putus
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

Hasrat satu keluarga untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Shah Alam malam ini tidak kesampaian kerana mereka diperdaya untuk membeli tiket yang dipercayai palsu.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Afifi telah memuat naik kisah keluarga ini di laman Facebook miliknya telah mengundang simpati netizen.
“Kesian brader ni. Dia kata tiketnya tak lepas sewaktu hendak masuk ke dalam stadium, staff stadium pakai bar code scanning pon tak boleh. Tiket yang di beli nya itu PALSU!!.
“Die beli dari ulat tiket sekitar giant shah alam, satu rm50. Beli smp 8 keping. Burn rm400!! Sudahlah datang dari Kuching, Sarawak. Terduduk beliau. Tak terkata apa dah,” ujar Afifi.


Menurut Afifi, dia cuba membandingkan tiket asli yang dibelinya dengan tiket yang dibeli oleh keluarga berkenaan dan ternyata ada sedikit perbezaan di antara kedua-duanya.
“Saya bandingkan tiket saya dengan beliau, kalau tengok dengan mata kasar memang tak nampak beza, cuma yang PALSU itu warnanya kusam sedikit dan takde macam tulisan hitam dekat area kilat belah kanan tiket,” katanya.


Afifi meluahkan rasa kecewa dengan sikap ulat tiket yang mahu mengaut keuntungan dengan cara menipu.
“Melampau ulat tiket skg, smp jual tiket palsu semata nk mengaut keuntungan. Hati2 kawan2 di luar sana kalau nk membeli dr ulat tiket. Memang keji kau ulat tiket, mahal satu, lpastu PALSU pula!!!,” ujarnya.
Sumber : terengganutimes


No comments
Post a Comment