Kini anda boleh ‘Snooze’ orang di Facebook selama 30 hari

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Kini anda boleh ‘Snooze’ orang di Facebook selama 30 hari


Anda mungkin mempunyai seorang rakan di Facebook yang selalu menyiarkan kongsian yang menjengkelkan anda. Walaupun menjengkelkan, anda mungkin tidak sanggup untuk ‘unfriend’ atau ‘block’ mereka.




Jadi inilah penyelesaiannya: Facebook baru sahaja melancarkan satu ciri baru yang membolehkan anda untuk membisukan kandungan rakan anda di Facebook selama 30 hari.
Ia datang dalam bentuk ‘butang snooze‘ yang boleh anda gunakan untuk menyembunyikan kongsian daripada orang, halaman atau kumpulan.
Keistimewaan ciri baru ini adalah anda boleh ‘diamkan’ orang atau kumpulan tertentu tanpa mereka tahu.


Untuk mengakses ciri ini, hanya tekan tiga titik di bahagian atas kanan di mana-mana kongsian dan pilih pilihan ‘Snooze



Setelah ‘snooze‘, sebarang kandungan atau kongsian baru daripada mereka tidak akan muncul di Suapan Berita anda selama 30 hari. Walau bagaimanapun, anda masih rakan dengan mereka atau menjadi sebahagian daripada kumpulan atau halaman itu. Facebook akan memaklumkan kepada anda apabila ‘Tempoh Tangguh’ akan berakhir supaya anda boleh memilih untuk menekan ‘Tangguh’ secara berterusan setiap 30 hari. Jika anda mengubah fikiran anda, anda boleh membatalkan ciri ini pada bila-bila masa.
Apa pendapat anda mengenai ciri ini? Adakah anda akan menggunakannya? Kongsikan pendapat anda dalam ulasan di bawah!


Sumber: SAYS

No comments

Powered by Blogger.