Kisah Hidup
(3GAMBAR) Cinta teragung! Lelaki sanggup berjalan sejauh 40km meredah salji tebal bagi menjimatkan duit untuk membeli pakaian baru buat isteri tercinta
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Di dunia ini, ramai manusia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan insan tersayang. Namun tidak ramai yang mampu melakukan pengorbanan hebat seperti lelaki ini.
Pada suatu hari, lelaki yang dikenali sebagai Zhao Fangzi ini sanggup meredah cuaca sejuk melampau dan berjalan kaki sejauh 40km untuk pulang ke rumah semata-mata kerana ingin membelikan hadiah buat isteri tercinta.
Menurut Shanghaiist, Zhao yang merupakan pekerja migran dari Henan, China sanggup berjalan kaki pulang ke rumah pada 26 Januari lalu supaya dapat menjimatkan wang bagi membeli pakaian baharu buat isteri sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Zhao, 60 tahun sanggup meredah salji tebal sepanjang perjalanan pulang berbanding menghabiskan wang untuk menaiki teksi atau menginap di hotel sementara menunggu cuaca reda.
“Duit tidak datang bergolek,” kata Zhao.
Sambil mengangkut barangan seperti tikar, kipas elektrik dan sebagainya, Zhao menyatakan bahawa dia langsung tidak berasa sejuk.
“Lebih banyak kita berjalan, kita akan rasa lebih panas”.

Zhao yang bekerja sebagai pekerja pembinaan di Shanghai memperoleh pendapatan sekitar RM1,225 sebulan. Jelasnya lagi, jika dia tidak mahu melakukan pengorbanan sekecil itu, sampai bila-bila dia tidak akan mampu menyimpan wang untuk isterinya.
Di samping itu, Zhao turut memaklumkan bahawa majikannya masih belum melangsaikan gaji sebelum ini yang dianggarkan mencecah RM6,127 namun majikannya berjanji akan menyelesaikan isu berkenaan sejurus selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Perjalanan pulang ke rumah kali ini adalah perjalanan terakhirnya kerana Zhao akan bersara dan tidak mahu kembali semula ke Shanghai.
“Usia saya sudah mencecah 60 tahun dan sudah tiba masa untuk saya bersara. Lagi pun, kami mempunyai pencen”.

Kisah syahdu Zhao ini berjaya mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kesanggupan Zhao untuk berkorban demi membahagiakan isteri tercinta.
“Dia sanggup berjalan sejauh 40km hanya kerana ingin membeli pakaian baharu untuk isterinya. Ini adalah cinta yang terindah di dunia”.
Semoga Zhao dan isteri dapat meraikan sambutan Tahun Baru China nanti dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang.
Sumber : Era Baru


No comments
Post a Comment