(5GAMBAR) Kompilasi cuaca tidak menentu, negara Asia Tenggara catat suhu bawah 20 darjah Celcius - Wire Putus

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Kompilasi cuaca tidak menentu, negara  Asia Tenggara catat suhu bawah 20 darjah Celcius


Dunia dikejutkan dengan perubahan cuaca ekstrem melanda beberapa negara. Contohnya,  Gurun Sahara turun salji, keadaan cuaca paling panas di Sydney, Australia dan cuaca terlalu sejuk di bahagian timur laut Amerika Syarikat.
Kredit: mnn


Kompilasi cuaca tidak menentu ini turut memberi kesan kepada beberapa negara di Asia Tenggara. Kebanyakan di wilayah Asia Tenggara mencacatkan suhu dibawah 20 darjah Celcius.
Pada Disember lepas, Filipina dilanda ribut tropika Tembin dan mengakibatkan Vietnam terkesan dengan bencana tersebut. Baru-baru ini, Filipina mencatatkan suhu yang rendah iaitu 17 darjah Celcius.  Bahagian utara Filipina di Bandar Baguio mencatatkan suhu serendah 12.2 darjah Celcius.
Baru-baru ini, Malaysian Digest melaporkan, Thailand telah mengalami keadaan cuaca sejuk yang pelik iaitu suhu turun sehingga enam ke lapan darjah Celcius. Cuaca sejuk telah melanda Thailand sejak Disember lepas dan dijangka akan terus berlarutan sehingga pertengahan bulan Februari.
Kredit: nationmultimedia


Kredit: pattayaone.news
Di Hanoi, Vietnam, sejarah tercipta apabila suhu paling rendah pernah dicatatkan iaitu lapan darjah Celcius.
Kredit: vietnamnews


Di Malaysia, tidak kurang hebatnya apabila negara mencatatkan suhu serendah 22 darjah Celcius. Di Kuala Pilah, The Malay Mail melaporkan daerah tersebut mengalami sejuk luar biasa dengan suhu serendah 21 darjah Celcius. Di Cameron Highlands, suhunya pula hanyalah 16 darjah Celcius seperti suhu di kebanyakan negara sejuk.
Di Indonesia, walaupun suhu tidak jatuh melebihi 20 darjah Celcius, namun negara itu mengalami suhu yang lebih sejuk daripada normal di Kepulauan Riau dan Nusa Tenggara Timur dengan mencatatkan suhu 23-25 darjah Celcius.
Kemboja turut mengalami cuaca yang sejuk tetapi kini media melaporkan cuaca kembali stabil dengan rakyat tidak perlu lagi memakai jaket tebal ketika di luar rumah.


Kredit: phnompenhpost

No comments

Powered by Blogger.