Semasa
(3GAMBAR) Luar biasa! Sekitar pemotretan gambar lelaki paling tinggi di dunia dan wanita paling kecil di dunia yang dirakam di Piramid Giza, Mesir
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Lelaki ini adalah lelaki paling tinggi di dunia manakala wanita ini adalah wanita paling kecil di dunia.
Baru-baru ini duo yang cukup luar biasa ini telah bertemu di Mesir untuk melakukan pengambaran bersama bersebelahan dengan piramid yang menjadi tumpuan orang ramai.
Peristiwa yang jarang sekali berlaku ini kemudian telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Siapa pun pasti akan kagum melihat kelibat mereka berdua ini!
Lelaki itu yang dikatakan merupakan lelaki paling tinggi di dunia dengan ketinggian 8 kaki dan 1 inci. Pemilik nama Sultan Kosen dari Turki itu secara rasminya adalah lelaki tertinggi di planet ini sementara Jyoti Amge dari India yang berketinggian 2 kaki telah mencipta rekdonya tersendiri sebagai wanita paling rendah dan kecil di bumi.
Kedua-dua mereka, Sultan Kosen dan Jyoti Amge adalah pemegang Rekod Dunia Guinness
Kedua-duanya sebenarnya telah dijemput oleh Lembaga Pelancongan Mesir (Egyption Tourism Promotion Board) untuk melakukan pemotretan di negara itu dengan berlatar belakangkan binaan hebat dunia, Piramid Giza yang merupakan antara 7 keajaiban dunia.
Menurut satu laporan oleh Unilad, ini hanya permulaan lawatan untuk kedua-dua pemegang rekod dunia ini dan diharapkan mereka juga akan berkesempatan untuk melawat ke tempat-tempat pelancongan lain di Kaherah, di samping memberikan ucapan pada persidangan yang akan diadakan di Fairmont Nile City Hotel.
Kedua-duanya mereka rekod dunia sejak tahun 2011 dan masih kekal sehingga kini
Jyoti dilahirkan pada tahun 1993 dan berasal dari Nagpur, Maharashtra. Dia juga adalah seorang pelakon yang pernah membintangi American Horror Story dan juga merupakan penyampai dalam rancangan Lo Show Dei Record. Ketinggiannya yang sangat rendah itu adalah disebabkan oleh achondroplasia, bentuk dwarfisme yang dialaminya.
Sultan, pula dikatakan mempunyai keadaan yang dipanggil pituitary gigantisme di mana otaknya menghasilkan sejumlah besar hormon pertumbuhan.
Sementara itu, semasa acara anjuran Rekod Dunia Guinness World di London pada 2014, Sultan juga bertemu dengan Chandra Bahadur Dangi yang merupakan lelaki yang paling pendek di dunia pada masa itu

Chandra Bahadur Dangi dari Nepal dikatakan mempunyai ketinggi 1 kaki, 7 inci. Berbicara mengenai pertemuannya dengan Dangi, Sultan memberitahu The Telegraph:
“Saya suka London dan akhirnya dapat bertemu dengan Chandra. Walaupun dia rendah dan saya tinggi, kami mempunyai perjuangan yang sama dalam hidup kami dan ketika saya melihat mata Chandra, saya dapat melihat dia ialah seorang lelaki yang baik.”
Chandra pula berkata:
“Saya sangat berbesar hati berada di London, saya selalu bercita-cita ingin melawat dan pertemuan saya dengan Sultan adalah sesuatu yang istimewa.
“Ia menjadikan saya sangat bangga untuk mewakili Nepal di seluruh dunia, saya sangat rendah hati dengan sokongan yang saya terima.”
Malangnya, Chandra dikhabarkan telah meninggal dunia pada tahun 2015.
Sumber : erabaru


No comments
Post a Comment