Kisah Hidup
(6GAMBAR) Kenapa Kate Middleton tidak digelar Puteri setelah mengahwini Putera William? Ini penjelasannya
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Kita semua tahu dengan pasangan diraja yang terkenal di seluruh dunia iaitu Putera William dan Kate Middleton.
Apabila pasangan ini berkahwin pada April 2011, ramai yang tertanya-tanya mengapa Kate tidak dianugerahkan dengan pangkat Puteri sebaliknya, pangkat rasmi untuk beliau adalah Yang Mulia Duchess of Cambridge.
Setelah berkahwin dengan Putera William, 35 tahun, pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Putera George, empat tahun dan Puteri Charlotte, dua tahun. Kini, Kate, 36 tahun dikhabarkan sedang mengandungkan anak ketiga mereka.
Persoalannya, mengapa Kate tidak mendapat gelaran Puteri seperti mana mendiang ibu kepada Putera William iaitu Puteri Diana?
Rupa-rupanya, gelaran ‘putera’ atau ‘puteri’ itu bukanlah gelaran yang paling tinggi.
Sewaktu Putera William mengahwini Kate, beliau merupakan Duke of Cambridge.Pangkat dan gelaran tersebut merupakan pangkat yang lebih tinggi berbanding mana-mana pangkat yang dimiliki putera dan juga puteri.
Hal ini demikian kerana, pangkat putera dan puteri ini boleh digunakan oleh mana-mana individu sama ada anak atau cucu dalam sesebuah kerabat diraja.
Sementara itu, Putera William bergelar putera memandangkan beliau adalah raja muda namun beliau bukanlah ketua pemerintahan. Justeru, gelaran Duke yang dipegang oleh Putera William merupakan gelaran tertingginya sekali gus menjadikan Kate sebagai Duchess.
Kate boleh memegang gelaran sebagai Puteri Catherine tetapi pangkat sebenar beliau adalah Yang Mulia Duchess of Cambridge, Countess of Strathearn, Baroness Carrickfergu.
Namun, beliau lebih selesa menggunakan gelaran Duchess of Cambridge yang jauh lebih mudah untuk disebut.
Sumber: Express


No comments
Post a Comment