Hiburan
(22GAMBAR) Anda mungkin belum tahu 16 fakta aneh berkenaan Australia seperti ini. Fakta #10 pasti membuatkan kita teringin memiliki kewarganegaraan Australia!
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Australia adalah sebuah negara yang mempunyai bilangan ‘penduduk’ biri-biri yang lebih dua kali ganda banyaknya berbanding penduduk sebenar dan dari bilangan itu pula, terdapat 1.5 kali ganda banyaknya kanggaru daripada biri-biri.
Di sana juga terdapat begitu banyak pantai sehinggakan jika anda menghabiskan masa setiap hari dalam masa 10 tahun bagi melawat pantai-pantainya, apa yang anda lawati hanyalah separuh daripadanya sahaja. Menarik bukan? Bolehkah anda bayangkan betapa besarnya negara ini?
Adakah anda pernah ke Australia? Jika pernah, anda pastinya seorang yang bertuah. Australia adalah sebuah negara yang sangat tenang sehinggakan burung-burung di sana seperti burung merpati dan burung kakak tua mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding penduduk di Eropah.
Berikut adalah senarai fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang negara ini tetapi ianya berguna jika anda bercadang untuk ke sana. Jika tidakpun, apa salahnya jika anda hanya ingin mengambil tahu, bukan?
16. Ia mungkin kelihatan seperti plastik yang terhampar di persisiran pantai, tetapi tidak, sebenarnya ia adalah bangkai obor-obor!
Kredit: Imgur
15. Tiga ekor belangkas gergasi yang mengelilingi seorang budak lelaki.
Kredit: Imgur
14. Tahukah anda terdapat lebih banyak gunung bersalji di Australia berbanding di Switzerland?

Kredit: craftymethod/Reddit
Di Sidney, salji yang terakhir dilihat adalah pada tahun 1836, tetapi masih lagi terdapat beberapa tempat yang bersalji setiap tahun. Banjaran Australia yang melintasi New South Wales dan Victoria adalah tempat bagi musim ski berlangsung dari bulan Jun hingga Oktober.
13. Australia adalah tempat kelahiran jenama kasut but terkenal, UGG
Kredit: supermmfashion/Instagram
Orang Amerika adalah yang pertama yang patenkan jenama UGG, tetapi menariknya adalah negara asal kasut ini sebenarnya ialah Australia. Petani telah mula memakainya sejak permulaan abad ke-20. Kini kasut ini boleh dipakai di bahagian luar dan dalam. Mengapa? Kerana di dalam rumah mereka sangat sejuk, maka apabila cuaca sekeliling sejuk, but ini dapat membantu mereka untuk kekal hangat.
12. Beberapa jalan di Australia terlalu panjang sehinggakan mereka meletakkan papan tanda yang menghiburkan agar pemandu tidak bosan

Kredit: eppinizer/Reddit
11. Satu dari empat warganegara Australia adalah pendatang
Kredit: superjulio/Instagram
Mengikut statistik, 28.5% daripada warganegara Australia dilahirkan di negara lain. Kebanyakannya berasal dari Britain, New Zealand dan ramai juga pendatang dari China dan India.
10. Tahap sokongan sosial di negara ini adalah sangat luar biasa
Kredit: mcdowellblessings/Instagram
Jika anda mempunyai keluarga yang besar yang mempunyai empat atau lima orang anak, anda mungkin boleh menerima elaun sehingga anda tidak perlu berkerja pun. Organisasi tersebut akan membiayai perbelanjaan hidup anda sekeluarga sehinggalah anak-anak berumur 16 tahun dan kadang-kala sehingga berumur 19 tahun. Seronoknya!
9. Hampir setiap taman di Australia dilengkapi dengan set pemanggang barbeku awam!
Kredit: rinskehordijk/Instagram
Hampir setiap taman di negara ini dilengkapi dengan pemanggang elektrik atau dapur pemanggang gas yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma! Tidak hairanlah mereka gemar berkelah di taman-taman awam sebegini!
8. Terlalu banyak arca gergasi di Australia

Kredit: rabecca_greenland_mta/Instagram , savvy_suitcase18/Instagram , simonj74/Instagram , karends1101/Instagram
Terdapat 150 arca gergasi di seluruh Australia. Arca-arca ini digelar sebagai perangkap pelancong. Arca-arca yang dibina adalah seperti binatang, makanan dan benda-benda lain yang diletakkan berhampiran jalan-jalan utama bagi menarik perhatian pelancong yang melintasinya.
7. Wang mereka menggunakan plastik dan bukannya kertas
Kredit: beautywstyle/Instagram
Sejak tahun 1988, mata wang Australia tidak dibuat dari kertas, sebaliknya dari plastik, iaitu polimer khas. Walaupun untuk menghasilkan wang plastik adalah lebih sukar, tetapi ianya lebih tahan lama.
Fakta menarik: jika anda mengoyakkan wang sepuluh dolar menjadi dua bahagian, anda boleh menggunakan kedua-dua bahagian sebagai dua wang lima dolar.
6. Anda akan didenda jika tidak mengundi di dalam pilihan raya
Kredit: reizeenergydrink/Instagram
Jika anda sudah berumur 18 tahun dan terlepas mengundi di dalam pilihan raya tanpa mempunyai alasan yang munasabah, anda akan didenda lebih kurang 20$ sehingga 50$. Ini mungkin adalah fakta yang menarik, tetapi admin lebih terkejut melihat mereka tidak kisah kod pakaian yang diperlukan untuk mengundi.
5. Ia tidak menjadi masalah jika anda tidak memberikan bayaran tip kepada pelayan kafe
Kredit: brewtheory/Instagram
Kebiasaannya di bandar-bandar besar, pelancong boleh memberi bayaran tip antara 5% sehingga 15% daripada jumlah pesanan, tetapi jika anda tidak melakukannya di Australia, ianya tidak menjadi apa-apa masalah.
4. Hampir tiada siapa yang memakan daging kanggaru di Australia
Kredit: daddyniniklausstefan/Instagram
Sangat mudah untuk menjumpai daging kanggaru yang dijual di pasar raya dan restoran, tetapi warga tempatan di negara ini seringkali tidak membeli daging ini. Lebih dari 70% dari bekalan daging kanggaru dieksport ke 55 buah negara di seluruh dunia.
3. Anda boleh menemui sekumpulan unta liar di Australia!
Kredit: damonsmoke76/Instagram
Rupa-rupanya, bukan sahaja di Mesir atau negara Arab sahaja yang mempunyai unta liar, malah di Australia juga boleh dijumpai unta sebegini. Mengikut anggaran, terdapat kira-kira 1 juta unta liar di bahagian tengah dan utara Australia.
2. Pagar ini lebih panjang dari Tembok Besar China!
Kredit: allan.clarke70/Instagram
Pagar Dingo (The Dingo Fence) ini berukuran sepanjang 3,488 batu dan membahagikan Australia kepada dua bahagian untuk melindungi biri-biri daripada anjing liar.
1. Warga Australia terlalu malas untuk menyebut perkataan yang lengkap
Kredit: Alexas_Photos/Pixabay, akwsys/Pixabay
Warga Australia gemar menggunakan kata singkatan untuk apa sahaja! “Aussie” untuk singkatan bagi warga Australia, yang mereka gelar diri mereka sendiri. Contoh lain seperti berikut:
G’Day — Hari yang baik (Good Day)
Brissie — Brisbane, ibu kota bagi Queensland
Barbie — Barbeku
Footie — Bola sepak (Football)
Apa lagi fakta aneh yang anda ketahui tentang negara ini? Beritahulah kami!


No comments
Post a Comment