(10GAMBAR) lukisan komik yang akan membuatkan anda memahami erti percintaan sebenar

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini


The Unspoken Truth adalah komik bersiri yang dihasilkan oleh seorang pelukis dari Venezuela yang dikenali sebagai Maria Guadarrama.
Komik yang dihasilkan oleh Maria sering mendapat tempat di hati peminat kerana beliau mempamerkan gabungan unik antara jenaka emosional, membuatkan pembaca terhibur di samping mendorong para pembaca untuk berfikir secara lebih mendalam.
“Saya fikir individu yang gemar membaca komik saya adalah mereka yang suka melihat ke dalam diri dan asal-usul perasaan mereka. Individu yang sensitif, cenderung meneliti diri sendiri dan mereka yang sedang jatuh cinta”.


Maria yang merupakan seorang pereka grafik menjadikan lukisan komik sebagai kerja sambilan dan hobinya di masa lapang. Menurut Maria, melukis sentiasa menjadi minatnya sejak kecil dan dia mendapat sumber inspirasi daripada segala perkara yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Maria juga kini menetap di Santiago, Chile merasakan perasaan sedih tentang perkara-perkara yang semakin pupus di tanah airnya.
“Ia membuatkan saya patah semangat dan kecewa terutamanya apabila saya memikirkan tentang ibu bapa saya yang masih tinggal di sana (Venezuela)”.
Ujar Maria lagi, “Semasa saya di Venezuela, saya bekerja di salah satu syarikat akhbar di sana. Namun, disebabkan syarikat itu dimiliki oleh kerajaan, mereka amat spesifik tentang subjek lukisan yang dibenarkan. Saya dilarang melukis tentang politik, migrasi atau ekonomi”.


Walau bagaimanapun, Maria tetap sayangkan negara kelahirannya. Anda boleh lihat hasil komik beliau yang indah dan membuka mata ini.


#1 Jika dia terlalu sibuk bekerja, takut dengan hubungan percintaan yang serius atau takut dengan wanita yang berdikari, kemungkinan besar dia sebenarnya tidak betul-betul sayangkan anda
#2 Saya berharap akan ada seseorang yang sanggup menunggu hati saya sembuh dari luka
#3 Terdapat pelbagai jenis hubungan. Jangan minta pasangan anda untuk menjadi seseorang yang lain


#4 Bukankah lebih mudah seandainya anda membuang beban ‘masa silam’ anda
#5 “Maaf, carilah pasangan yang lebih layak untuk awak”. Sabarlah… Akan ada seseorang yang tepat sedang menanti anda
#6 Lelaki atau perempuan yang tepat akan menyirami anda agar menjadi seseorang yang lebih baik, bukannya membuat anda layu~


#7 Usahlah terlalu mencari teman sejati… Anda akan menemuinya juga pada suatu hari nanti
#8 Di dunia ini. semua manusia hanya membawa beban masing-masing. Tetapi, kita beruntung kerana mempunyai keluarga yang sanggup menanggung beban tersebut bersama-sama


#9 Dalam sesebuah hubungan percintaan, anda perlu menghadap orang tuanya dahulu


#10 Hubungan yang tidak matang : Saya cintakan awak kerana saya perlukan awak!
Hubungan yang matang : Saya perlukan awak kerana saya cintakan awak!


Sumber : erabaru

No comments

Powered by Blogger.