Hiburan
(1VIDEO + 3GAMBAR) “Ini kawasan saya!” Lihat bagaimana kucing ini tidak membenarkan sesiapa meletakkan botol plastik mereka berhampiran dengannya, kalakar betul!
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Bagi anda yang ada memelihara kucing pasti tahu akan perangai mereka yang sememangnya banyak kerenah.
Ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang mereka tidak berpuas hati. Tidak hairanlah jika mereka dilihat sering bergaduh dengan rakan-rakan mereka yang lain. Mereka memang ‘sweet’ dan mencairkan hati, tetapi adakalanya boleh juga membuat tuan mereka pening kepala melihat telatah mereka itu.
Buktinya seperti kucing hitam dalam video ini. Dia sepertinya telah membuat tanda bahawa rak itu adalah kawasannya dan tidak boleh dimasuki oleh apa-apa selain itu. Lihat reaksinya apabila ada yang meletakkan botol air plastik di sebelahnya, pantas dibuang dari situ.
Tuannya juga seperti tidak mahu mengalah, sekali lagi dia meletakkan botol air itu di situ dan kucing itu terus menerus menjatuhkannya dengan kasar. Dia sepertinya memberitahu bahawa itu adalah kawasannya dan sebarang benda tidak boleh diletakkan di situ tanpa kebenarannya!


No comments
Post a Comment