informasi
(8GAMBAR) 7 petanda biasa yang menunjukkan anda telah terlebih mengambil garam
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Menurut pakar pemakanan dan panduan diet, jumlah garam yang disaran untuk diambil oleh seseorang ialah 2,300 miligram atau satu sudu teh sahaja setiap hari. Namun begitu, kebanyakan kita dianggar mengambil 3,400 miligram atau 1 sudu dan 1/3 sudu teh garam setiap hari. Satu jumlah yang cukup untuk membawa pelbagai penyakit yang serius kepada tubuh badan sekiranya pengambilan garam tidak dikawal.
Di bawah adalah tanda-tanda biasa yang berlaku kepada tubuh badan apabila anda telah mengambil tahap garam yang berlebihan di dalam diet.
1.Bengkak tubuh badan
Kredit : Bright Side
Apabila cincin anda terasa ketat, kaki anda membengkak atau anda mempunyai mata yang sembab apabila bangun pada waktu pagi, itu menandakan anda telah mengambil terlebih garam. Keadaan ini berlaku apabila badan anda mula mengumpul air berlebihan selepas mengambil kandungan garam yang banyak dan ini dipanggil edema. Ia perlu dirawat melalui pengambilan diet bersama pengurangan kandungan garam secara minima.
2.Dahaga melampau
Kandungan sodium di dalam garam membantu mengawal kandungan cecair dalam badan. Apabila anda makan lebih garam, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk melancarkan sistem badan dan otot serta organ lain untuk beroperasi dengan lancar. Dengan meminum air, kandungan garam dalam badan akan dapat diimbangi. Jadi, anda patut minum air dengan lebih banyak apabila memakan garam berlebihan, atau akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan.
3.Perubahan warna air kencing
Kredit : Depositphotos.com
Apabila sodium dikumpul di dalam badan, badan anda akan menghasilkan perubahan warna pada air kencing dan ini berlaku kerana dua faktor:
1.Mengambil garam berlebihan menyebabkan buah pinggang bekerja lebih masa untuk membuangnya dari tubuh badan. Jadi selepas pembersihan, buah pinggang menukarmya menjadi air kencing dengan kerap sehingga warnanya berubah menjadi jernih atau cerah
2.Jumlah sodium yang banyak di dalam badan menyebabkan badan kehilangan cecair di dalam badan sehingga menyebabkan kekurangan air pada tubuh badan. Sekiranya air menjadi kurang di dalam tubuh badan, air kencing akan berkurangan serta bertukar warna menjadi kekuningan dan pekat.
4.Sendi dan tulang yang sakit
Kredit : Depositphotos.com
Pengambilan garam berlebihan menjadi penghalang rangka tulang yang kukuh. Ini kerana garam berlebihan akan membuat buah pinggang tidak dapat menyingkirkan garam dengan sepenuhnya, dan ia akan menyebabkan pengurangan kalsium. Kalsium yang kurang akan menyebabkan tulang manjadi lemah, masalah gigi dan penyebab osteoporosis.
5.Kekejangan otot
Kredit : Depositphotos.com / Depositphotos.com
Mengekalkan keseimbangan sodium dan potassium amat penting kerana ia bertanggungjawab menjaga otot yang baik. Sekiranya anda mengambil garam berlebihan, ia akan mengganggu elemen kimia ini di dalam badan sehingga menyebabkan otot badan terasa kekejangan dan sakit.
6.Sakit kepala yang berulang
Kredit : Depositphotos.com / Shutterstock.com
Pengambilan garam secara berlebihan akan meningkatkan jumlah darah anda, dengan lebih banyak ruang akan diambil di dalam saluran darah. Pengembangan saluran darah akan meningkatkan tekanan darah tinggi, sehingga menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang teruk.
7.Masalah daya tumpuan
Kredit : Depositphotos.com / Depositphotos.com
Tekanan darah tinggi kerana pengambilan garam berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada arteri yang bersambung ke otak. Ini akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk berfikir dengan baik sehingga anda mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan kepada tugas harian. Selain itu, apabila anda mengalami kekurangan air secara berterusan, ia boleh menyebabkan memori menjadi lemah, diri berasa letih dan agak lembab bertindak dan memberi reaksi.
Bagaimana anda boleh mengurangkan pengambilan garam?
1.Jauhkan makanan bergaram tinggi seperti pizza, burger dan sandwic.
2.Elak memakan di restoran makanan segera dan mengambil makanan yang telah diproses kerana ia mempunyai garam berlebihan dan perasa serta sodium.
3.Periksa kandungan garam pada label makanan dengan memastikan kandungan garam yang kurang daripada 5% dan ke bawah untuk satu hidangan.
4.Daripada meletak garam, apa kata anda menukar cara masakan dengan menambah perasa semulajadi daripada rempah ratus, atau asid daripada lemon, limau atau sedikit cuka.
Diharap info ini memberi manfaat kepada anda.
Sumber : Bright Side


No comments
Post a Comment