Mesin Basuh Samsung Keluar KOD E2 Ini Puncanya. Tips Dikongsikan Cara Mengatasi Masalah Itu,

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
]


Pernah ke korang kena situasi ini semasa sedang mencuci baju menggunakan mesin basuh tertibanya keluar satu error pada papan paparan korang menunjukkan E2

Jika pernah? tahukah korang apa punca sebenarnya kod tersebut?
ini adalah jawapan dari kod samsung sebenar.




korang boleh melihat sendiri kod ini pada carian google dengan menaip "kod washing machine" kira aku pakai eja macamtu je.


dan korang boleh tekan pada website tersebut dan baca butiran kod tersebut disana. akan tetapi kod yang korang baca tu tidaklah terlalu detail kerana ianya hanya memberi maksud kod itu sahaja.



tapi punca sebenarnya adalah bergantung kepada kemahiran korang sendiri. punca kod itu adalah air keluar(air buang kotoran) pada mesin basuh korang tidak boleh keluar dengan laju. korang akan perasan akan keluar perlahan je air tu atau tidak keluar terus. proses ini selalunya berlaku semasa selepas basuhan dan seterusnya akan spin untuk mengeringkan atau buang air lama dan ganti air baru.disitu baru kod itu akan keluar. semasa cucian ianya tidak akan keluar apa isyarat pun.

ini ada 2 penyebab kenapa kod E2 itu timbul.
1. mungkin kerana drain motor korang dah rosak
2. mungkin saluran lubang dari paip keluar korang tersembat.

punca drain rosak mudah dikesan kerana air tidak mungkin akan keluar terus melalui paip air keluar. ini bermaksud drain motor korang dah memang rosak. 

ini adalah rupa drain motor jenis samsung

harga drain motor jika beli sendiri di kedai harganya dalam rm85 je tidak termasuk upah pasang. jika korang nak cuba pasang aku dikirakan tak lah susah sgt pun. cuma tak bestnya nak kena buka screw dan buka cover yang tertutup dan ubah mesin basuh yang tempatnya lapang sikit. jadi penat kat situ je pun. kalau dah malas, malas juga. kalau rajin buat apa pun boleh. haha

ini cerita drain motor. masalah kedua kalau bukan pasal drain motor pula. isu tersumbat. isu tersumbat ni berpunca dari segala mak nenek habuk yang terkumpul dan menjadi keledak yang amat kotor dan mampu menyekat saluran paip korang tu. selalunya punca ini akan berlaku selepas 3tahun ke atas selepas menggunakan mesin basuh itu. 



berbalik semula kepada isu tersumbat tu. pastinya korang kena dengar akan ada satu bunyi seperti motor sedang menarik motor. bunyinya seakan akan korang sedang mengail ikan menggunakan rod mesin. bunyi lebih kurang macamtulah. klau ada bunyi drain motor korang masih berfungsi dengan elok.

mesti korang nak tahukan bagaimana caranya untuk membuang kotoran yang tersumbat pada mesin basuh korang.



satunya selepas 3tahun ke atas tu korang cuci dulu dengan powder Wash Drum Cleaner harganya tak le mahal sgt 300g dalam rm6 macam tu, masukkan sepeket habis kedalam tub cucian korang tu. ini lebih kepada penjagaanlah yer. kesannya baju korang akan lebih bersih dan mula berbau lebih wangi jika korang ada letakkan liquid pewangi la. berbanding dahulu.



dan yang ke dua. jika tempoh korang dah lebih 5tahun penggunaan korang panggilah tukang service machine basuh untuk mencuci tub korang tu. gerenti keledak dia dah terlalu tebal. kos yang diambil dalam lingkungan rm180 camtu aku rasa. dia akan bogelkan mesin basuh korang dan dia akan bersihkan kesemua tub korang.



dan jika dah tersumbat dah tak boleh buat apalah. korang boleh gunakan cara ini. boleh tonton video dibawah. jika tidak berjaya korang kenalah panggil tukang repair kosnya aku tak pasti sebab selalunya aku buat sendiri je pun. 







No comments

Powered by Blogger.