CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini



Bulan ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh setiap umat islam diseluruh dunia. termasuklah juga kita di Malaysia. Dengan serangan wabak covid 19 yang masih belum bertemu penghujung, kita tetap berpuasa seperti sediakala cumanya berbeza sedikit dari tahun tahun yang sudah.

Begitu juga dengan bayaran zakat. dahulunya kita akan membayar zakat dimasjid, dibazaar atau di mall mahupun dikuanter kuanter terpilih. cuma kali ini berlainan sedikit. kita digalakkan untuk membuat pembayaran zakat melalui online. 

Jadi aku nak kongsikan sedikit bagaimana cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online. Disini aku ada sertakan sikit senarai laman sesawang zakat disetiap negeri.


Semua bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sebelum solat raya.




Sebagai contoh aku memilih zakat dari negeri Kedah. Klik laman web seperti yang tentera diatas tu. Seperti biasa dan sebagai contoh aku akan memilih BAYARAN ZAKAT.


Dan juga disini ada 4 jenis pilihan. hanya klik pada "Bayar Zakat Fitrah"

 Kadar bayaran minimum wajib zakat fitrah adalah bergantung kepada kemampuan kita. dan juga kita boleh tergolong mengikut tahap jenis beras yang kita gunakan sekarang. tapi jika nak bayar lebih lagi itu lebih terbaiklah.



"Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dan Agihan LZNK yang juga Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata kadar baharu itu antara empat kadar zakat fitrah yang ditetapkan iaitu RM7, RM14 dan RM21.



Katanya, bagi umat Islam yang berkemampuan, mereka digalakkan untuk membayar zakat fitrah dengan kadar lebih baik.
“Sekiranya kita makan beras tempatan dengan kadar hancur lima peratus (RM7) dan mampu bayar lebih pada kadar RM14 iaitu beras import atau RM21 iaitu beras basmathi maka kita digalakkan bayar dengan kadar yang lebih baik."
Sumber : Bharian



Kadar bayaran tahun semasa (RM) - boleh memilih nilai zakat kita. seperti aku berkemampuan dengan nilai zakat rm7.00

Dan letakkan jumlah bilangan yang perlu dibayar. seperti aku jumlah keluarga dalam tanggungan aku adalah 7 orang. jadi aku memilih 7 orang dan jumlah yang perlu dibayar adalah RM49.00

 Setelah selesai kini tiba masanya untuk memilih jenis bayaran dan jenis bank untuk membuat pembayaran tersebut. 

Dan anda perlu mengisi sedikit maklumat anda disini. dan tekan butang kemaskini.



jangan lupa untuk menglafazkan bayaran zakat ya.. seperti tiap tiap tahun yang kita buat tu. cuma lafazkan dan selepas selesai tekan butang bayar.

Pastikan bayaran mesti ke LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.


Jika lihat jumlah bayarannya sama boleh request for TAC

Akhirnya pembayaran telahpun berjaya.

Pembayaran zakat fitrah telah pun berjaya. dan tekan butang "Teruskan"



Ini adalah resit rasmi bayaran zakat secara online. mudahkan? 

 Anda juga boleh mencetak resit jika perlu. bagi aku suka save dalam laptop aku nih. supaya mudah suatu hari nak buat rujukan ke apa.

macam aku tadi aku isi 7orang jadi aku perlulah mengisi ke 7 nama penuh bersama no kad pengenalan. 

macamana anda rasa. bayaran zakat melalui online? adakah lebih mudah? jika ia memberi manfaat kepada anda. boleh anda kongsikan artikel ini kepada orang ramai supaya mereka yang tidak tahu nak bayar zakat. dengan pengkongsian anda ia mempermudahkan urusan mereka. jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan bolehlah komen diruangan dibawah. 



sekian terima kasih kerana sudi membaca cara membayar zakat fitrah secara online

2 comments

Anonymous said...

Titanium Sharpener: the Fastest - The Titanium Artisan
From titanium exhaust tubing stainless steel titanium hair straightener to stainless steel titanium stronger than steel and a hand-tool, the titanium razor offers the womens titanium wedding bands fastest possible cutting for your home. suunto 9 baro titanium

donuski said...

ln525 stockxsuomi,jordans suomi,airjordansuisse,air jordan romania,pandoracharmsnz,stockxsverige,stockxnorge,stockxdanmark,pandora armband jl478

Powered by Blogger.