Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Assalammualikum dan salam sejahtera semua.
kembali kita semula ke blog wireputus aku nih. topik kali ini aku nak buat satu tutorial cara bagaimana nak topup atau tambah nilai kat TNG eWallet.
Aku ada terima pertanyaan pada comment dan personal adakah berbaloi jika kita gunakan TNG ewallet tuh? tapi bagi aku berbaloi atau tak aku tak sure. tapi mudah tu memang terlalu mudah weh.
Tanpa panjang lebar aku nak huraikan sikit jika e Wallet ini adakah keperluan atau tidak dalam kehidupan seharian kita. Bagi aku YA.
Setelah eWallet dilaksanakan, aku pun adalah salah seorang pengguna yang tidak tahu cara dan guna eWallet ni. tapi bila dah terlalu kerap gunakannya baru aku sedar bahawa eWallet ini pentinglah juga.
Kerajaan cuba menggubah cara pembayaran dari tunai kepada pembayaran elektronik tu adalah satu langkah yang bagus bagi aku la. sebab apanya aku cakap mudah kita dah tak perlu bawa wang tunai dan tak perlu lagi mendapat duit baki seperti duit syiling didalam poket seluar kita bila jumlah yang perlu kita bayar ada sen sen kat belakang.
Jadi tak nak panjangkan celoteh aku jom tgk camna aku topup atau tambah nilai kat TNG eWallet aku nih.
Pertama sekali korang mesti memenuhi syarat syarat yang terdahulu.
1. Mempunyai akaun TNG eWallet
2. Pastikan akaun korang tu dah aktif (di verify)
3. Mempunyai banking online tak kisahlah apa jenis bank
4. Diakaun bank korang mesti mempunyai duit. kalau tak ada nak topup camna? hehe gurau je
5. Jika kesemua yang aku sebut tu korang dah memenuhi cateria korang. jom ikut langkah seterunya yang aku nak tunjuk.
Tekan pada butang "+ Reload eWallet" pada bahagian atas kiri
Korang juga boleh memilih RM50, RM100, RM200 atau masukkan jumlah seminimum RM10 pada ruangan "Enter your preferred amount"
sebagai contoh seperti gambar dibawah ni.
Setelah korang dan masukkan jumlah berapa yang nak topup korang boleh terus tekan pada button yang berwarna biru "Reload eWallet"
Korang juga boleh memilih dengan 2 kaedah pembayaran sama ada pembayaran dibuat melalui kredit kad atau pembayaran terus menerus dengan online banking
jika korang membuat pembayaran dengan kredit kad korang perlu mengisi beberapa maklumat mengenai kad kredit korang dibahagian yang disediakan seperti
1.Card Number
2. MM/YY
3. CVV/CVV2
Dan tekan "Reload Now"
Atau korang memilih bayaran melalui "FPX Online Banking"
macam aku selalu gunakan FPX Online Banking sebab senang sikit
dan korang boleh memilih jenis bank yang sedang korang gunakan. contohnya aku menggunakan CIMB BANK dan klik pada logo bank itu
Dan ikutkan step yang diminta seperti masukkan id dan password bank online korang dan masukkan TAC
dan tekan butang "Submit"
Akhirnya tambah nilai TNG eWallet telahpun berjaya. Mudahkan?
dan korang bolehlah semak balik nilai di menu utama korang
.
Baki telahpun bertambah. jadi korang bolehlah terus guna tanpa rasa was was lagi. memang mudah pun cara nak topup eWallet ni dengan menggunakan apps TNG eWallet.
jika korang rasa ianya boleh membantu mohon sharekan artikel ini supaya lebih ramai yang akan tahu. dan jika korang ada sebarang komen atau sebarang pandangan korang juga boleh terus menulis diruangkan komen dibawah ini. terima kasih















No comments
Post a Comment