Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni.
Hari ini saya nak berkongsikan kepada semua pengguna apps MySejahtera, kemungkin perkongsian ini juga mampu membantu anda dalam penggunaan apps ini seharian tanpa dikenakan sebarang denda.
Didalam kemajuan sekarang apps adalah salah satu aplikasi yang amat mudah digunakan pada smartphone anda tidak kisahlah apa jua apps sekali pun. hari ini saya nak bercerita sedikit tentang penggunaan apps MySejahtera.
Apps MySejahtera adalah satu apps yang amat berguna disaat kita sedang dilanda wabak Covid 19. kerana ia akan memberi info info terkini dimana kawasan2 yang terlibat dengan gejala wabak Covid 19. Disamping itu juga ia mempermudahkan pada semua pengguna apps tersebut untuk Check In tanpa menulis butiran peribadi anda pada buku log pintu masuk. ianya amat memudahkan anda.
Akan tetapi adakah anda perasan bahawa anda juga mungkin akan dikenakan tindakkan sebanyak rm1000 sekirannya anda scan check in tetapi nama anda tiada didalam system itu. bunyi macam pelik je?
Kompius anda sudah pun bermula? kenapa dah scan tapi tetap kena saman juga? ha... jom kita baca sehingga habis
Sebagai contoh untuk saya jelaskan disini. sekirannya anda adalah seorang pengguna apps MySejahtera tersebut dan anda memasuki salah satu permis, dan anda telahpun scan check in pada pintu masuk dengan seorang diri dan apps itu menunjukkan anda telahpun BERJAYA sepastinya nama anda akan tercatat didalam system tersebut dan jika pihak berkuasa membuat pemeriksaan semakan kepada anda sepastinya nama anda akan ada. jadi anda tidak perlu risau perkara ini .
Cuma jika anda datang dengan keluarga tiba2 datang penguatkuasa untuk membuat pemeriksaaan dan hanya ada nama anda sahaja pada sistem ketika itu. tapi nama sebahagian keluarga anda pastinya tiada bukan. kemungkinan besar keluarga anda akan tetap dikenakan denda setiap seorang yang tidak mempunyai nama didalam permis itu.
Bayangkan jika anda pada masa itu datang dengan isteri dan juga 2 orang anak. pastinya rm3000 akan dikenakan tindakkan bukan. pada masa itu anda baru perasan bahawa anda telahpun membuat satu kesilapan atau kesalahan dan dikenakan denda setiap seorang rm1000
Disini saya cuma nak kongsikan bagaimana untuk menambah masuk nama nama ahli keluarga anda didalam apps MySejahtera. ianya terlalu mudah dan anda boleh ikut langkah demi langkah seperti dibawah ini.
Pertama sekali buka apps MySejahtera anda













No comments
Post a Comment