Mai Pekena Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak - Review
Selepas kerajaan umumkan semua rakyat Malaysia boleh rentas negeri, aku adalah salah satunya org yang mengambil peluang untuk rentas walaupun cuma rentas 1 negeri sahaja tapi rasanya dah cukup berbaloi.
Merancang untuk pergi ke sesuatu tempat perkara yang mudah, selalunya kami akan berkumpul bersembang dan dalam2 bersembang tu akan terkeluarlah tempat kemana yang bakal kami pergi.
Lokasi pilihan kami kali ini adalah di negeri Perak. Tak lah jauh sangat dalam 1jam 30min sampai le kat tempat tu. tempat yang diperkatakan tak lain dan tak bukan adalah Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak.
Aku pun tak tau kenapa lokasi ini menjadi pilihan kerana aku bukannya makan mee berkuah nih. tapi disebabkan ramai yang nak pi aku pun mengalah juga le. tambahan pula menu disana bukannya mee udang sahaja. macam nasi pun ada. kira oklah tu
Sesampai je aku kat sana. lupa plak nak tangkap gambar kedai tu. disebabkan hujan jadi kena lari masuk kedai cepat2 la jawabnya. Suasana disana agak nampaknya menarik dengan susunan meja dan hiasan mengambarkan kesedapan tu pasti akan berlaku.
Lokasi ini juga aku terlihat geng geng motor besar juga menjadi satu port untuk ride kat sini sambil menjamu selera.
Waktu operasi adalah dari pukul 11am sehingga pukul 10pm, kecuali Rabu - Cuti
Tak nak sembang lama kami pun cuba memesan dengan menu yang ada disana sepertiMee Udang Special, Nasi goreng udang special, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, cucur udang. kerang rebus, bihun goreng udang cuma air yang bersusu je tak terjual disini.
Tak sedar pulak gambar sotong goreng tepung tak ada adehh.. Jadi korang tak boleh le tengok rupa sotong goreng tepung tu ya. kalau nak tengok korang try imaginasi je la ye.
Yang menariknya pula kat sini korang pesan dan tak lama je dah sampai. cepat jugalah korang boleh rasa hidangan korang tu. tak yah nak menunggu lama. kami sampai dalam 6.30pm macamtu. org pun tetap ada yang sampai walaupun kat sini hujan. nampakkan kesedapan dan tarikkan tu ada. cewah...
macam aku makanan yang sempat aku rasa melainkan mee udang jelah sebab aku tak makan sgt benda yang berkuah ni. korang nak tgk ke udang yang terselindung dibawah nasi goreng tu











No comments
Post a Comment