RESTOREN HARI HARI MAKAN NASI TERBAIK DI BUTTERWORTH - SEKALI RASA TERKENANG KENANG

Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini

 

Assalammualikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog WirePutus, Kali ini aku berpeluang untuk bercerita atau kongsikan makanan terbaik yang ada di Butterworth Pulau Pinang ini yang pastinya korang tak boleh lepas untuk mencubanya. 

Sebelum itu korang mesti nak tahukan kedai ni bila waktunya ia beroperasikan

Waktu Operasi adalah pada setiap hari Dari Isnin hinggalah Ahad

dari pukul 10.00am hingga 11.00pm

dan alamatnya No 135, Ground Floor, Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, 13000 Butterworth, Pulau Pinang.

Atau untuk carian didalam Google Maps adalah dengan menaip 

"RESTOREN MAKAN NASI HARI HARI"

 Menu yang terdapat di Restoren ini menyajikan hidangan SET NASI DULANG, NASI GORENG dan Makanan Alas Perut gitu. Nak bercerita panjang pun susah satgi korang bosan plak nak membacanya. Jadi aku sertakan sekeping gambar menu makanan yang terdapat di Restoren ini. jadi korang tak lah susah bila nak memesan makanan tu nanti

Aku tak terperasan pula dimenu tu ada terdapat simbol 👍. mungkin ini adalah menu yang digalakkan untuk mencuba apabila korang dah sampai disini. disebabkan aku dah sekilas pandang cuma aku ternampak set bawal panas tu je. tapi nasiblah aku datang dengan famili aku jadi bolehlah mencuba lain2 hidangan lagi.

Hidangan yang aku ingin cuba kali ini adalah Set Bawal Panas, Set Ayam Berempah, Bihun Sup dan juga Set Daging Bakar.




Cuma disini gambar Set Daging Bakar aku boleh terlupa untuk snap. tapi korang anggap jelah gambar tu ada yer.. hehehe mungkin kerana aku dah tak sabar kot nak menjamu selera pasal tu aku boleh terlupa. biasalah hidangan yang panas2 tak sedap kalau dah jadi sejuk. ada je alasan akukan..


ini pula adalah deko yang sempat aku tangkap di Restoren ini. hiasan yang simple dan dihiasi dengan lampu yang malap malap gitu membuatkan suasana jadi lebih romantik. hehehe kalau korang mai makan dengan famili atau awek sesuai kot aku rasa  



Keadaan yang kemas dan menjaminkan lagi kebersihannya


Ini pula tuan punya Restoren. Owner kedai ni dikenali sebagai Tuan Azlan atau panggilan Lan Togey, sempat jugalah aku bersembang dengannya semasa hisap rokok diluar kedainya. dan katanya kedai ini baru 3 bulan sahaja beroperasi  

dan sempat juga ia bertanya dengan aku bagaimana hidangan yang aku pesan tadi adakah ada yang kurang. secara ikhlasnya aku bagitau dengan rasa lidah aku sendiri kesemua hidangan yang disajikan tadi cukup rasanya semua. lebih erti SEDAPPPP... dan setelah di review dari setiap sudut makanan aku boleh berikan 5 bintang ini bukan bodek ke apa tapi secara jujur, jika sedap aku cakap sedap jika tak sedap aku akan cakap tak sedap. senang kata kalau korang rasa nak cuba boleh je mai kat kedai makan ni. cuba sendiri daripada baca cerita dari nih. hehehe

oklah aku stop sampai kat sini sahaja, jika korang ada cadangan atau komen mengenai kedai makan ini untuk dikongsikan boleh je tulis diruangan komen dibawah blog ini ya. 


No comments

Powered by Blogger.