COVID 19 TELAH MENYERANG KULIM , INI LANGKAH YANG PERLU TAHU BILA KORANG ADA CONTACT RAPAT DENGAN PESAKIT COVID 19.
Serangan wabak paramedik covid 19 kini telahpun masuk ke tahun 2021. cabaran yang hebat bagi petugas barisan hadapan atau frontliner untuk memulihkan keadaan supaya pulih seperti sediakala. Kehidupan kita sering terjejas dengan membiasakan diri dengan memakai pelitup muka dan menjaga SOP yang sedia ada. Walaupun kita telahpun mengikut panduan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan tapi secara tidak sengaja ia juga boleh memberi kesan seperti cerita yang aku nak sampaikan
Hari ini aku nak kongsikan sedikit cerita mengenai keluarga aku yang telahpun positif covid pada bulan april ini. Dan aku tidak menjangkakan wabak ini akan terkena pada keluarga aku, sememangnya aku tahu covid 19 tidak mengenal siapakah engkau. baik yang kaya atau baik yang miskin. Baik yang tua baik yang muda
Ianya bermula apabila mak aku mendapat tekanan gula dalam darah rendah dan mengakibatkan ia menjadi lemah dan kerap berpeluh, berusaha aku untuk menaikkan gula dalam darah dengan memberikan minuman dan makanan bergula supaya tekanan gula dalam darah ia kembali meningkat tapi malangnya kesan itu hanyalah sementara sahaja. (itu pentingnya alat memeriksa ada dirumah) dan kami terpaksa membawa mak ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar.
Setibanya mak di Hospital mak di klafikasikan di zon kuning dan ia terus mendapat rawatan setibanya disana. tetapi malangnya pada waktu itu wad2 pula penuh jadi mak terpaksalah mendapat rawatan disitu sahaja. bahagian rawatan sahaja. sehingga menjelang petang barulah mak ditolakkan ke wad 3 setelah bilik berikut mempunyai katil yang persakitnya telah discaj.
Selama sehari mak diwad 3 rawatan diatasnya. pemeriksaan kerap dibuat dan sehinggakan aku mendapat panggilan bahawa mak aku telah dijangkiti covid 19. perghhh terus berpinau aku dibuatnya. Mak dengan segera telah ditukarkan ke bilik khas mengenangkan tahap kesihatan mak pun tidak berapa baik ketika itu.
tapi alhamdulilah mak aku kembali bercakap dan mula ceria kerana tekanan gula dalam darahnya telahpun naik, apa yang seronoknya aku mendengar dari mulut mak aku dia seronok berada di wad kerana makanan kat sana katanya sedap.. so aku kenalah puji Hospital Hi tech kerana mensajikan makanan yang sedap. saji menu apa aku tak taulah. mak aku tak cerita pula. katanya sedap je.. haha dan layanan hospital pula semuanya baik baik belaka. ini yang kita nak dengar. terbaiklah Hospital Hi tech kulim.
Apabila sample mak disahkan positif mak terus digerakkan ke Hospital Sultanah Bahiyah 2 di Alor Setar Kedah. aka Hospital lama. Sepanjang mak disana kesihatan dia mula tidak menentu dan mak memerlukan bantuan penafasan kerana penafasan mak macam penat je. aku dah mula risau rupanya kesan wabak ini selalunya bermain di media sosial dan di tv adalah benar. walaupun benar aku nak sahihkan lagi kat korang bahawa covid ni memang bahaya kesannya.
Ok kita stop kat sini dulu kisah mak aku. sekarang ni kita cerita plak tentang aku nih.. ada status aku sekarang pulak? dah jadi satu tanda tanyakan? adakah aku terlibat sekali positif covid? jawapannya mestilah aku kena pi buat swap test kan? jom aku cerita flow dia macamana jika korang ni ada contact rapat jika situasi korang macam aku.
Step pertama korang mestilah berhubung dahulu kes contact dengan PKD terlebih dahulu, apa itu PKD tu plak? PKD tu adalah Pusat Kesihatan Daerah. sekiranya korang kena dimana2 kawasan misalnyalah. korang boleh berhubung terus dengan pejabat berikut contohnya macam aku ni kena di Kulim Kedah, Jadi aku terpaksa memberitahu kepada mereka terlebih dahulu contohnya korang kena berikan detail korang yang korang dah pun terbabit dalam kes covid ni. macam nama, ic no korang alamat korang dan siapakah yang terkena positif covid tu. macam aku mak aku laa. so bagitau nama mak korang. dan mereka akan periksa adakah nama mak korang tu ada dalam senarai mereka tak? mesti ada punyalah. sebabnya pihak hospital dah inform mereka terlebih dahulu sebelum korang call mereka. pastikan korang berhubung dengan unit gerakan covid. dan mereka akan aturkan temujanji korang dengan KKM yang berdekatan dengan tempat tinggal korang.
Untuk info lanjut korang boleh berurusan di talian ini
04-4949000 - Unit Gerakan Covid 19
019-4082511 - Whatsapp Unit Gerakan Covid 19 kulim
Maklum balas dari pihak PKD pun cepat juga respon mereka terhadap korang mereka akan settingkan tarikh dan masa dimana korang akan pergi untuk buat swap test. dan mereka akan suruh korang kuarantin dirumah dahulu sehingga korang ke klinik
Jadi apa lagi bila dah terima call dari PKD tu korang kena siap sedialah untuk ditebuk lubang hidung korang dengan tekak korang. Haisss macam aku ni yang first time rasa dia lain macam sikit
Setelah korang selamat pi swap test tu. korang terpaksa pergi ke PKD untuk dapatkan surat kuarantin dan akan diikat gelang pink ditangan. dan tunggu sehingga result korang keluar. jika korang ada simptom dan bergejala seperti batuk, demam korang berpontesi untuk dapatkan swap test tu. macam aku sihat walafiat tapi mengenangkan aku ni ada penyakit darah tinggi so jawapannya kena pi swap test la ceritanya.
tunggu sehingga result korang keluar jika keluar positif ceritanya korang akan ke pusat kuarantin dengan makan yang tak sedap tulah hehehehe.. macam aku masih dok tunggu lagi result aku tu.
Sampai kat sini sahajalah dulu cerita aku ni. dan terakhir aku minta korang doakan mak dengan ayah aku yang sedang berada di pusat kuarantin di Alor Setar tu supaya kembali pulih dan sediakala.





No comments
Post a Comment