Ride
RIDE SANTAI PERLIS - 15/OCT/2022
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Assalammualikum geng ride ada ok tak?
Sebelum aku teruskan cerita dan pengalaman kami sepanjang ke Perlis. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kekawan yang sporting dan yang menjayakan misi ride ke negeri PERLIS INDRA KAYANGAN.
Pengalaman ini adalah buat kali ke 2 setelah misi ride ke Cameroon Highlands membuatkan kami menubuhkan sendiri satu kumpulan kecil untuk bersantai dan ride, disamping itu juga ia mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kawan.
Kumpulan ini ditubuhkan sendiri oleh kawan sekerja aku sendiri iaitu Burhan selaku admin group. dan yang kami ni adalah peserta yang menjayakan sahaja.
LETS GOOO....
Tarikh yang dipilih setelah di vote adalah 15/Oct/2022.
jadi tarikh ini adalah penentu bagi semua ahli yang di Vote perlu hadir.
ketika ini 4.52am gambar diambil cuma aku dengan admin group sahaja yang sampai dahulu kat hentian Gurun arah utara.
Cuaca ketika itu tune tak cantik sikit. Hujan nak kata lebat tak juga nak kata tak lebat pun dak. kira sedang sedang camtulah. kira paling senang kalau tak pakai baju hujan boleh basah juga la.
Setiap masa yang berlalu akan berubah dan ahli lain dah mula muncul sedikit demi sedikit. yang tak nampak muka adalah Firdaus janji dari pukul 5am sampainya 6am. kau rasa...
macam nak bagi denda belanja makan je... hahaha
bila dah cukup forum kami terus bergerak sepertimana yang dirancang dalam jadual perjalanan kami. walaupun ia lewat 1jam tapi kami terpaksa memecut untuk sampai tepat pada tempat yang bakal dituju iaitu di View Point Wang Kelian Perlis.
Memandangan setiap perjalanan memerlukan minyak yang mencukupi. jadi kami memilih Stesen minyak PETRONAS Changlun untuk mengisi semula perut tank masing masing.
disini korang dah boleh tengok hujan yang berterusan.
jadi selpie la sekeping dua untuk buat kenangan.
kami sampai pada pukul 7.57am.
DAN.....
Impian kami untuk lihat permandangan indah iaitu awan kapit di View Point tak tercapai. mungkin tiada rezeki tapi kami tetap bersyukur perjalanan kami ke sini masih kekal selamat.
Ketika ini waktu dah pun pukul 9.05am waktu Malaysia
memandangkan perjalanan kami masih banyak tempat yang perlu dituju. kami mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kawasan ini secepat mungkin. nak tahu ke mana pulak arah kami tuju.
JOM.....
Sebelum tu selpie sat... benda penting kot. gambar nak buat kenangan nanti nak tunjuk kat anak cucu bila dah tua nanti.
apalagi bedal laa makanan apa yang ada. kalau nak aku cerita kedai ni memang viral sampai lani dan menu2 dia pun jenis belambak juga laa. dari semua jenis menu sarapan sampaikan sate pun ada time pagi2. kira tu aku hit kan cerita bagi korang boleh imaginasi sendiri apa yang cuba aku maksudkan.
Aku pun dah tengah lapar mau tidaknya. bangun seawal 3am mau tak lapar dan waktu menunjukkan 10.39am
Perut dah kenyang sambung balik ride ke PASAR TERAPUNG JPS.
Pusing sini cuma nak cuci mata dengan melihat sendiri bagaimana org malaysia mempelbagaikan cara meniagaan mereka dengan cara yang jarang jarang ada di Malaysia.
tak silap aku la. kalau di Thailand benda benda ini memang dah terkenal disana. jika korang teringin nak ke sana tapi impian tak kesampaian bolehlah datang ke Pasar Terapung di Perlis yer.
Hujan dah tiada lagi cuma sat panas sat mendung. tapi panas dia di perlis ni lain macam sikit. pecah peluh toksah kata la dan waktu time ni dalam pukul 11.33am
so apalagi. cuci mata sudah makan pun sudah sambung ride nak cari port rest plak. nak tau ke kat mana?
Ada ke nak lepak bawah pokok time panas2 camni, memang dak laa. semua dok mengadu cari port yang best untuk rehat. tapi jangan risau dalam jadual kami dah pun tiba untuk pergi kesana. nak tahu ke kat mana pulak tuuuu...
Tengok muka sorang sorang pun tak ada senyum. cakap nak port rehat. bila sampai satu port tak happy pulak.
tertiba mai sorang dari group kami pi cari idea dalam air. elok dia timbul boleh plak di ajak naik bot pusing tasik. korang tak gila ka? tadi muka sorang sorang tak ada senyum tertiba melompat girang nasib tak sangkut atas pokok. tak pasal nak kena panggil bomba mai abik turun. idea Firdaus memang terbaik masa kini itulah perlu ada ramai. boleh bawa bincang, boleh buat lawak. boleh buat mengata.
ZASSSSS...
Inilah punca bila org dok setempat dia dok meronda jauh. cari2 dia dah ada atas bot. paling awal sekali
Nohhh... muka sorang sorang senyum jenis tak reti nak berenti senyum.
mesti korang tertanya tanya nie kat manakan?
lokasi terpilih adalah Tasik Tasoh dan harga bot kalau tak silap aku rm60 ke rm80 bagi satu bot. bila kena penangan naik bot ditambah plak angin tasik dok tiup lekat kat muka perghhh goyang jugalah memori otak silap2 boleh tido tau.
time ketika tu 1.51pm
tertiba cuaca macam tak berapa nak cun. jadi kami membuat keputusan untuk pulang ke negeri masing2.
Kalau tak silap gambar ni diambil kat Yan kedah arah selatan.
jam pun dah menunjukkan pukul 4.05pm
dan ini adalah lokasi terakhir kami untuk misi ride santai dengan kekawan di Perlis.
SEBAGAI PENUTUP CERITA
Lokasi akhir adalah di Yan dengan pekena MEE UDANG dan NASI UDANG yang padu. udang saja pun saiz raksasa ya.
Lokasi Ombak Lara Yan Kedah
Dengan ini secara rasminya aku mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 yang menjayakan misi yang pertama buat group kecil kami ini.
1. Burhan
2. Farid
3. Rosli
4. Firdaus
5. Pak Lan Welding
6. Zakri dan isteri
7. Abg Zulk
8. Hadi
9. Shakir
BERJUMPA LAGI PADA RIDE SETERUSNYA.






























































































No comments
Post a Comment